Selasa, 29 September 2009

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN


JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”

Rabu, 23 September 2009

BAU SYURGA


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Maksudnya: Siapa yang mempelajari suatu ilmu agama yang seharusnya ditujukan kepada Allah, tiba-tiba ia tidak mempelajari itu untuk Allah hanya untuk mendapat kedudukan atau kekayaan dunia, maka tidak akan mendapat baunya syurga pada Hari Kiamat.
[1]



Sedangkan bau syurga ini dapat dihidu dari jarak- 40 tahun perjalanan; dengan bau tehnya, dengan bau sirapnya. Serupa kita pergi ke tempat kenduri atau masuk restoran, dari jauh sudah terbau masakan. Satu daripada kelebihan syurga ialah ahlinya sudah boleh mengecap kelazatan baunya dari jarak 40 tahun lagi. Jadi orang ini usahkan boleh masuk syurga, menghidu bau pun tidak boleh. Inilah orang yang sudah betul-betul sial di muka dunia iaitu orang yang berbohong dengan Allah taala.



[1] Dari Abu Hurairah, hadis riwayat Abu Dawud.

ALLAH TIDAK ZALIM


AYAT-AYAT POWER TOK GURU

”Adakah Tuhan berbuat zalim kepada manusia? Jawabnya tidak! Kerana apa? Kerana Dia tidak ada kepentingan diri. Dia tidak berkehendakkan material. Apabila Tuhan tidak ada kepentingan terhadap manusia, apabila manusia berbuat zalim Dia akan menjatuhkan hukuman setimpal dengan kezalimannya”

”Dalam bahasa Arab, melalui sastera Arab perkataan قدير dipanggil sifat musyabahah dan perkataannya sebagai isim fa'il
[1]. Allah SWT tidak menggunakan bentuk isim fa’il sebaliknya Dia menggunakan sifat musyabahhah kerana sifat musyabahhah memberi makna berkekalan dan berterusan”



[1] Isim fa’il ialah perkataan sifat kepada orang yang membuat seperti: yang makan, yang berkuasa. Sifat musyabahhah ialah perkataan yang mempunyai makna yang serupa dengan isim fa’il tetapi tidak sama daripada susunan hurufnya.

Rabu, 16 September 2009

UMNO MESTI TERKUBUR

UMNO MESTI TERKUBUR

“Dr Mahathir kata, UMNO akan berkubur. Saya sejak 67 lagi, nak kuburkan UMNO. Jadinya, kalau Dr Mahathir nak kuburkan UMNO, saya ucap terima kasih banyak”

“UMNO ini, dia pasti mati. Dia pasti mati. Kalau hidup sekarang ni, dia hidup buat-buat. Kerana, UMNO tolak Islam, guna kebangsaan. Sekular kita panggil”

”Kalau UMNO lawan sekular. Boleh tahan lah, sebab sama-sama sekular. Tapi, mana-mana parti lawan ngan Islam. Islam sahaja yang ada hujjah. Kerana Islam tambat dunia dengan akhirat”

”Perjuangan bangsa ini tidak boleh bawa ke akhirat. Kalau pejuang bangsa boleh bawa ke akhirat, sudah pasti Nabi Muhammad jadi pejuang arab. Tapi Nabi Muhammad bukan pejuang arab, tetapi perjuang islam”.

”justeru, macam mana kita orang Islam, tidak pasal-pasal pergi berjuang melayu, tidak berjuang Islam”.

”Akhirat kelak, (UMNO) nak jadi Nabi Muhammad ke, nak cari orang melayu?”

Wartawan tanya, ”Najib kata, UMNO parti islam juga?”

Jawab tok guru, ”boleh jadi, MCA cakap macam tu juga. Kalau MCA memerintah negara, mereka pun buat masjid juga”





Ahad, 13 September 2009

IKUT NABI, BUKAN ORANG PUTIH

IKUT NABI, BUKAN ORANG PUTIH

“Dalam solat, kita baca doa iftitah. Dalam doa iftitah, disebut ‘aku menghadap wajahku kepada tuhan yang cipta langit dan bumi’. Umno mari royak, politik suku, agama suku. Agama hak tuhan, politik hak kita”

”bangun dari lubang kubur esok, demo nak cari orang putih ke, nak cari Nabi Muhammad?”

”takut tazkirah, kerana takut orang jadi PAS. Memanglah, moga PAS ni jenis betul”

PENDAKWAH DAN PARTI

PENDAKWAH DAN PARTI

“nak jalankan Islam di negeri kita ni, kena ada parti. Kerana islam ni, terlibat dengan politik.

”kalau kominis ada kerajaan, Demokrasi ada kerajaan, mana boleh kita nak kata Islam tidak mahu kerajaan”

”kalau orang yang nak tengok Islam berdaulat, kenapa apa tidak mahu terlibat dengan parti?”

”parti merupakan alat untuk melaksanakan Islam”.




NABI ADA KALA BERKASAR


NABI ADA KALA BERKASAR

“masa nabi SAW sampai ke madinah dulu, Nabi buat perjanjian dengan yahudi; termasuk Bani Nadhir, Bani Quraizah dan bani Qainuqa’. Kandungan perjanjian itu adalah, kalau Islam kena serang, yahudi kena sokong islam. kalau yahudi kena serang, Islam kena sokong.

Yahudi pun terima perjanjian itu. pun begitu, setelah Madinah diserang oleh Ahzab. Bani Quraizah adalah antara yahudi yang melakukan pengkhianatan perjanjian. Mereka termakan pujukan Abu Sufyan (masa itu belum memeluk islam lagi).

Setelah berlaku peperangan, puak Islam menang. setelah menang, Nabi SAW pun bercakap nak gi ajar puak quraizah. Ketika Nabi SAW sampai di Quraizah, nabi SAW berkata;

يا إخوان القردة

Maksudnya;
“hai puak-puak kera”

“cuba kita tanya yahudi, mereka nak Negara Islam atau tidak mahu. Sah mereka tak mahu. Jadinya, kalau ada orang melayu tak mahu Negara Islam, sah dia adalah proxy yahudi”.



SIAPA HAKIM DI AKHIRAT?

SIAPA HAKIM DI AKHIRAT?

“masa Allah dok balas di akhirat kelak, agak-agaknya, Allah guna perlembagaan, undang-undang, peraturan mana?”

“contoh kalau seseorang itu jadi hakim. Kalau dia duduk di malaysia, dia guna undang-undang malaysia. Kalau dia jadi hakim di Singapore, takkan dia nak guna undang-undang Malaysia kot?. Persoalannya sekarang, di kala Allah jadi hakim di akhirat nanti. Allah nak rujuk undang-undang mana?”

Rabu, 2 September 2009

SIAPA DIA MUTTAQIN??

“kita suka dok sebut, kita orang melayu, orang cina, orang arab dll. Itu semua tidak penting disisi Allah. yang penting disisi allah adalah, kita tanya diri kira, apakah kita mukmin ke tidak mukmin”

“kerana, mukmin tidak mukmin ini akan menjadi modal; menjadi cagaran kita di padang mahsyar kelak”

“kalau kita jadi cina, tapi ikut nabi Muhammad. Itulah hakikat sebenarnya (kita sebagai manusia yang mendapat sayang dari Allah)”

”orang melayu terjemah Muttaqin, orang yang takut. Boleh juga, tapi tak berapa tepat. Terjemahan betulnya, orang yang beringat (berhati-hati)”

”beringat ini bukan kerja senang. Kalau beringat dua tiga hari, mungkin kita boleh buat. Tapi kalau hari-hari, memang susah. Kerja berat. disebbakan ini adalah kerja berat, Allah bagi upah. Upahnya adalah syurga”

”Kita selalu beringat, bimbang polis saman, polis tangkap, beringat kena lelong. Dan dalam banyak perkara yang perlu kita beringat adalah, takut malaikat tulis benda tak molek, yang akan didedah di akhirat kelak”

”sebab itu, tidak ada cara untuk nak mengelak dari keselamatan dan keamanan, lain daripada turut Islam. jadi orang muttaqin”

TARIKH HIJRAH DAN MASIHI

AYAT-AYAT POWER TOK GURU

“Selebih-lebih manusia yang hidup atas muka bumi ini, tidak ada yang lebih bijak dari Nabi Muhammad SAW. sebab, Nabi Muhammad ni, dia tidak mengaji dengan orang (tapi dengan Allah)”

“semua perkara atas muka bumi ini dibawah pengetahuan Allah. Sebab, semua yang ada ini, semuanya Allah yang buat. Mana boleh benda yang Allah buat, tapi Allah tak tahu benda tu”

“semua manusia ini ada tarikh rujukan hidupnya. Kalau orang melayu, mereka suka rujuk tarikh tok janggut, Perang jepun. Adapun kita orang islam, kita pun ada tarikh rujukan kita. Antaranya adalah tarikh hijrah”

”orang yang jajah kita, selalunya lebih dari kita. Lebih dari sudut ekonomi, askar, berfikiran dan banyak lagi. Apabila kita dijajah, selalunya kita terpengaruh dengan penjajah. Kita dijajah oleh inggeris, makanya, kita pun terpengaruh dengan tarikh yang ditinggal oleh Inggeris. Tarikh itu dipanggil tarikh masihi atau tarikh miladi”

”dukacitanya, kita orang islam pun ada tarikh sendiri, tapi kita tinggal juga. Ini menandakan lemahnya kita. Kita tidak ada jiwa berdikari. Jadinya, mau tidak mahu, kita kena hidupkan tarikh hijrah ini. Sebab itu, semua surat dari pejabat hambo (menteri besar kelantan), semuanya kena guna tarikh hijrah”




Jumaat, 28 Ogos 2009

POKOK, DUIT DAN PAHALA



AYAT-AYAT POWER TOK GURU

“Sedekah ini, merupakan duit antarabangsa. Kita berkehendak kepada duit tempatan, dan duit luar. Akhirat ni, luar dari segala-gala. Kita perlu duit juga untuk akhirat. duit ini, kita tidak panggil duit, kita tidak panggil currency, tapi kita panggil pahala. Sebagaimana kita perlu kepada duit tempatan dan duit luar ini, maka kita juga perlu kepada pahala. Sebab, semasa kita dalam kubur, kita tidak guna duit kita lagi, tapi kita guna pahala”

”satu cara untuk nak dapat duit, kita kena menanam. Sama ada tanam tepi rumah, atau berbentuk commercial besar-besaran. Cara untuk kita hendak dapati hasil tanaman adalah dengan tujuan nak dapat pahala. (termasuk bersedekah)”

”menanam juga dikira sebagai ibadat. Jangan dok nampak, ibadat ni sekadar sembangyang. Ibadat sebenarnya adalah, merendah diri kepada Allah. Kalau kita pergi ke Makkah, tujuannya nak ”makan angin”, hendak beli barang murah, tidak jadi ibadat”

”satu masalah yang timbul di seluruh dunia Islam. ditimbulkan oleh musuh islam adalah, mengasingkan hidup dari peraturan Allah”

Khamis, 27 Ogos 2009

rakyat tolak dasar kebangsaan UMNO


kata tok guru;


"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.


"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama,"


"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul."


baca berita penuh di sini

Sabtu, 22 Ogos 2009

UMNO PISAH ISLAM DAN IMAN ??

AYAT POWER TOK GURU

“saya minta gabungkan antara jasmani dan rohani. Atau Islam dengan iman”

”kalau UMNO letak politik lain, agama lain. Dia nak bubuh apa sebagai ganti? Islam meletakkan agama untuk membentuk kehidupan kita. Bila UMNO tolak agama, soalnya, dia nak ganti dengan apa? Tentulah ganti dengan nafsu”

“mana UMNO tahu perkara yang dibuat dengan nafsu, seperti perlembagaan, akta dll. Mana UMNO tahu, semua ini diterima oleh Allah SWT?”

Tinggalkan Umno dengan syurga rasuahnya, kata Nik Aziz


Walaupun diserang dari pelbagai penjuru setelah kenyataannya disalah lapor oleh sebuah agensi berita, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas dengan pendiriannya bahawa Umno memperjuangkan "Islam palsu".


"Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?" .


"Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu"


Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, kata Tuan Guru, begitu jugalah dengan Islam palsu.


"Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik.


"Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak?


"Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu?, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan?


"Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah,"


baca penuh di sini

"pergi jahanam UMNO"

AYAT POWER TOK GURU

“siapa dia ajar Tuan Guru tidak boleh sebut begitu (pergi jahanam UMNO). dalam Al-Quran pun ada Allah sumpah (maki) orang dengan binatang. Ada Al-Quran guna kalimah pekak, bisu, tuli dll”

“kalau orang hina kita, kita duduk senyap. Itu bukan merendah diri, itu menghina diri. Menghina diri adalah haram, Merendah diri wajib.

Khamis, 20 Ogos 2009

TIDAK MAHU JAWATAN


Di kala Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dalam kegeringan untuk menghadapi kematian, beliau terbaring di katil istana. Keliling baginda Khalifah, dipenuhi dengan pembesar-pembesar kerajaan, termasuk yang hadir adalah Omar bin Abdul Aziz.

Omar ketika itu amat bimbang namanya dicalonkan sebagai khalifah sebagai pengganti Khalifah Sulaiman. Lantaran itu, beliau memerhatikan Roja’ bin Haywah yang merupakan penasihat utama Khalifah, sebagai isyarat agar mereka berdua boleh berbicara sebentar.

Ketika mereka berdua beredar dari berada di keliling Khalifah Sulaiman, Omar Abdul Aziz berkata, “wahai Roja’, Demi Allah, aku berpesan kepadamu atas nama Allah dan Islam, bahawa jangan sekali-kali kamu mencalonkan namaku sebagai pengganti Khalifah” Omar bin Abdul Aziz memberi pesanan.

“jawatan ini amat berat, aku tidak mampu untuk memikulnya, terutama ketika mengadap Allah SWT di akhirat nanti” sambung Omar lagi.

Roja’ memahami kebimbangan Omar itu. Dengan nada yang bersungguh, Roja’ berkata, ”Aku tidak melihat orang yang lebih layak untuk jawatan ini melainkan kamu. Apakah kamu mahu menempa dosa dengan melihat kemudharatan berlaku jika kamu tidak menerima jawatan ini?” soal Roja’ sambil mukanya merenung wajah Omar yang dilihat berpeluh didahinya.

Omar tidak mampu berkata apa-apa pun, melainkan jantungnya berdegup kuat kerana bimbang namanya dicalonkan sebagai pengganti Sulaiman bin Abdul Malik bagi jawatan Khalifah.

Kemudian Roja’ kembali semula kepada Khalifah Sulaiman yang sedang kegeringan.

”siapakah yang kamu nampak lebih layak menggantikan aku untuk jawatan Khalifah ini, Wahai Roja’?” soal Khalifah Sulaiman kepada penasihat utamanya.

”tuanku tidak perlu khawatir dan bimbang. Bertaqwalah kepada Allah. Insya Allah, Allah akan memberikan jalan yang terbaik dalam urusan ini” jawab Roja’ dengan nada yang tegas.

Dengan bibir yang kering, wajah yang pucat, Khalifah Sulaiman bertanya, ”siapakah gerangan yang kamu nampak layak wahai Roja’?”

”omar bin Abdul Aziz wahai tuanku” Roja’ melemparkan cadangan.

Dalam wajah kepucatan itu, Khalifah Sulaiman tersenyum seraya berkata, ”demi Allah, Omar terlalu layak untuk jawatan ini. pilihan itu amat tepat sekali. Pun begitu, aku berwasiat agar selepas Omar, orang yang mengambil tampuk pemerintahan ini adalah Yazid bin Abdul Malik”

”sengaja aku tidak memilih Yazid sebagai khalifah sebagai ganti aku, kerana aku bimbang keluarga Abdul Malik akan mewujudkan fitnah dalam rebutan kekuasaan ini” sambung Khalifah Sulaiman.

Wasiat ini didengari oleh ramai pembesar-pembesar kerajaan, dan ia disokong ramai tanpa sebarang bangkangan pun.

JAWATAN SATU BEBAN

Jawatan merupakan bebanan. Ia bukan kemuliaan, seperti anggapan sesetengah ahli politik yang tamak. Di zaman kini, jawatan menjadi satu rebutan. Semuanya bersebab, apabila dengan jawatan, mereka dapat mencapai kehendak nafsunya dengan jalan yang mudah.

Golongan salaf terdahulu, mereka akan menolak sebarang jawatan yang berbentuk amanah ini. pada mereka, itu semuanya merupakan kesangsaraan hidup mereka di akhirat; iaitu dikala mengadap Allah SWT.

Diceritakan bahawa ada seorang qadhi sedang menghadapi nazak kematian. Qadhi tersebut beranggapan bahawa selepas kematiannya, pasti anak lelakinya akan dilantik jawatan itu.

Qadhi itu memanggil anak lelakinya, lalu meminta agar anak lelakinya itu mencium kedua-dua belah telinganya. Apabila anaknya itu mencium, didapati telinga sebelah kanannnya berbau wangi, dan telinga sebelah kirinya berbau busuk.

Anak lelakinya itu kepelikkan, seraya bertanya, ”mengapa telinga bapa berbau wangi pada yang kanannya, dan berbau busuk pada kirinya?”

Qadhi itu menjawab, ”wahai anakku, bapa pernah melakukan satu kesilapan yang besar. Bapa pernah berhukum dalam satu kes, yang bapa hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Ekoran itulah, telinga bapa berbau busuk sebelahnya”

”wahai anakku, bapa beranggapan, bahawa selepas kamatianku, pasti kamu akan dilantik untuk jawatan yang sedang bapa pegang ini” sambungnya, ” Wahai anakku, apakah kamu mahu menerimanya?” soal Qadhi itu kepada anak lelakinya.

Anaknya itu berfikir sejenak. Dahinya berkerut. Tangannya diletakkan di dagu seakan-akan sedang berfikir dengan rasional untuk jawatan yang akan dibebankan itu.

”wahai bapaku, aku tidak sanggup menanggung bebanan yang berat ini” jawab anak lelaki itu dengan tegas.

Mendengar jawapan anaknya, Qadhi tersebut mengangguk kepalanya menandakan bersetuju.

Setelah kematian Qadhi, anak lelakinya itu kebingungan. Dia berfikir apakah cara yang paling baik untuk dia mengelakkan dirinya daripada dilantik oleh Khalifah sebagai Qadhi.

Akhirnya, anak lelaki itu telah bertindak seperti orang gila. Dia mengambil pelepah tamar, dan ditunggang pelepah itu seperti dia menunggang kuda, sambil mulutnya membunyikan suara seperti hentakan tapak kaki kuda.

Khalifah melihat keadaan anak lelaki Qadhi yang hendak digantikan bapanya. Melihat keadaan itu, Khalifah telah bertindak melantik orang lain bagi jawatan tersebut. Setelah jawatan itu dilantik kepada orang lain, barulah anak lelaki tersebut beransur-ansur mengubah daripada seperti orang gila kepada orang waras.

Kisah ini amat jelas, bagaimana golongan salaf terdahulu amat tidak meminati sebarang jawatan yang ditawarkan. Mereka tidak mahu jawatan itu, kerana mereka tahu, sebarang kesilapan dan kelalaian dalam menunaikan amanah menyebabkan mereka terbeban ketika mengadap Allah SWT nanti.

MENTERI BESAR KELANTAN

Keadaan yang agak sama juga berlaku kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kala beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Menurut Isteri Tuan Guru, iaitu Tuan Sabariah. Sebelum Tuan Guru Nik Abdul Aziz di lantik menjadi Menteri Besar, isterinya berkali-kali bermimpi yang mengisyaratkan bahawa Tuan Guru akan dilantik menjadi Menteri besar.

”Abang, Yah bermimpi abang berjalan belakang sultan” ujar Tuan Sabariah kepada suaminya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat

Dengan nada gurauan, Tuan Guru membalas, ”oh tanda nak jadi Menteri Besar la tu”
[1].

Begitujuga, Tuan Sabariah ada menyebut bahawa mimpi yang mengisyaratkan bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan dilantik sebagai Menteri besar itu bukan sekali, malah berulang buat kali keduanya.

”abang, Yah mimpi lagi. Bermimpi masuk dalam satu majlis makan malam. Majlis itu dihadiri oleh orang besar-besar sahaja. Dalam majlis itu, ada sultan. Dan abang duduk bersebelahan dengan Sultan” Tuan Sabariah bercerita kepada suaminya yang tersayang.

Tuan Guru Nik abdul Aziz tidak berkata apa-apa, melainkan beliau hanya tersenyum dengan cerita isterinya itu.

Ternyata, mimpi yang berulang-ulang kali itu, bukanlah sekadar mimpi, sebaliknya, ia merupakan sesuatu petanda awal atas perlantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri besar kelantan.

Ketika PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah berjaya mengalahkan Barisan Nasional di Kelantan, PAS telah diamanahkan untuk melantik seorang ADUNnya untuk menjadi Menteri Besar.

PAS di semua peringkat, sama ada dari peringkat negeri, mahupun diperingkat Pusat telah bersedia untuk menabalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri besar Kelantan.

”berat saya hendak pegang jawatan ini. Ia merupakan khizyun fi Ad-Dunya, wa an-nadamah fi Al-Akhirat, iaitu kesengsaraan di dunia, dan penyesalan di akhirat nanti” jawab Tuan Guru sebagai tanda penolakkan atas pencalonan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pun begitu, setelah dipujuk oleh sebilangan pimpinan tertinggi PAS ketika itu, menyebabkan Tuan Guru terpaksa akur untuk menerima jawatan Menteri Besar Kelantan.

PENOLAKAN JAWATAN

Penolakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dari menerima sebarang jawatan, bukan sekadar berlaku ketika beliau dicalonkan sebagai Menteri besar Kelantan, malah beliau sendiri menolak cadangan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS kelantan sebelum berlakunya muktamar PAS pada tahun 1982.

Mencalonkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan adalah hasil keputusan mesyuarat yang dilakukan antara pimpinan tertinggi PAS yang dijalankan oleh Allahyarham Haji Hasan Ishaq.

Di peringkat awal, ternyata Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak perlantikan jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Sehinggakan, sampai satu tahap datang deligasi Dewan Pemuda PAS Kelantan, yang terdiri daripada Ustaz Abdul Halim Abdur Rahman, Haji Hashim Omar dan beberapa orang lagi berjumpa dengan beliau di Masjid Pulau melaka.

Dalam pertemuan itu, deligasi itu menerangkan dan menekankan kepada Tuan Guru tentang betapa pentingnya beliau menerima jawatan tersebut. Pun begitu, Tuan Guru tetap menolak sekeras-kerasnya, sehingga sampai satu tahap, dari kalangan yang hadir dalam pertemuan tersebut berhujjah dengan hujjah-hujjah syarie tentang kepentingan Tuan Guru menerima jawatan tersebut, kerana tiada orang lain yang lebih layak, melainkan Tuan Guru.

Dengan hujjah-hujjah syarie yang dikemukakan itulah, menyebabkan Tuan Guru berlembut dan menerima jawatan tersebut dalam berat hati, serta bertanggungjawab.

Inilah dia tokoh politik islam di malaysia yang mengkagumkan. Dengan kezuhudan dan kerendahan diri beliau daripada menerima jawatan yang berat ini, dengan itulah beliau telah mendapat bantuan dari Allah SWT untuk memimpin kerajaan negeri Kelantan dengan melaksanakan banyak kewajipan islam yang sama sekali tidak berjaya dilaksanakan di negeri-negeri yang lain di Malaysia.

Keadaan ini membenarkan sabda Nabi SAW;

لا تطلب الإمارة ، فإنك إن طلبتها فأوتيتها وكلت إليها ، وإن لم تطلبها أعنت عليها

Maksudnya;
”Jangan kamu minta jawatan. Jika kamu minta, lalu diberikan kepadaku, pasti kamu akan diwakilkan kepadamu (tanpa mendapat bantuan dari Allah). Dan jika kamu tidak meminta, lalu diberikan kepadamu, pasti kamu akan mendapat pertolongan dari Allah SWT
[2]

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Bidadari dari timur : 34.
[2] Al-Mukjam Al-Awsat : 7182.

JANGAN PISAHKAN IMAN DARIPADA ISLAM




“memang, mana-mana orang islam yang asingkan antara iman daripada islam, tidak akan masuk dalam syurga”

“mana-mana gerakan pun, yang mementingkan Islam sahaja, tanpa Iman, mustahil masuk Syurga”

“pada zaman Nabi Muhammad SAW, sudah ada orang yang nak asingkan antara Islam daripada Iman, iaitu Abdullah bin Ubai”.

“islam ajar, perlu disebatikan antara Islam dengan Iman, sepertimana sebatinya antara ruh dengan tubuh”

“UMNO kalau nak bersatu dengan PAS, tidak ada cara lain, UMNO kena tukar dasar. Daripada dasar kebangsaan kepada Islam. masa itu, baru boleh bersatu. Ketika itu, tidak tahu lagi di mana PAS, dan di mana UMNO. Semuanya muslim dan mukmin”

“tolong merdekakan pemikiran kita, daripada pak turut sesama manusia, kepada pak turut Nabi Muhammad SAW”

“Nabi Muhammad ini adalah Engineer bertauliah dari Allah. Bukan untuk baiki kereta, tapi untuk baiki manusia. Tidak ada orang yang boleh baiki manusia, melainkan orang dari golongan Nabi”


Jumaat, 14 Ogos 2009

ISU HINA ISLAM DAN ANWAR IBRAHIM

AYAT-AYAT POWER TOK GURU

“kita kalau nak serang, kena serang dasar. Di mana salahnya dasar PKR itu?? Kenapa tidak serang dasar? Kenapa serang batang tubuh anwar Ibrahim?”

“sekarang timbul hina islam. Sapa sebenarnya yang hina Islam? Orang yang tolak islam lah yang sebenarnya hina Islam”

“kami pejuang islam diperhinakan. Hakikat sebenarnya, tindakan itu menghina Islam”.

“kalau kata Anwar khianat bangsa, Maka Nabi Muhammad pun khianat bangsa juga. Dia lawan bapa saudara dia. Lawan mak saudara dia”

“sejahil-jahil arab jahiliyyah pun, mereka tidak kata bahawa Nabi Muhammad mengkhianat bangsa. Mereka Cuma cakap, memperbodohkan pemimpin kamu”

“ada harga berapa bangsa melayu di padang mahsyar nanti? Kalau bangsa melayu ada harga, pastilah bangsa arab yang paling berharga. Sedangkan arab, tidak ada harga satu sen pun di padang mahsyar”

“bukan caranya kita serang peribadi orang”

“DAP hina Islam itu, sebab dia bukan orang Islam. padan la kalau dia hina Islam. Sebab itulah, kita nak dedah Islam kepada rakyat, termasuk DAP, supaya mereka tahu Islam itu apa dia”

“Orang Islam yang tolak Islam itu, kerana apa?? Inilah yang dikatakan menghina Islam. bila orang islam sendiri hina Islam, padanlah kalau orang bukan islam hina Islam”

“kita nak dedah Islam kepada masyarakat. Sebab itulah, PAS bersama dengan DAP, supaya DAP faham Islam. kita guna wacana, forum, dan macam-macam. Lama-lama mereka faham lah islam”

Rabu, 12 Ogos 2009

Umno tergugat punca Anwar diserang, kata Nik Aziz


KOTA BHARU, 12 Ogos (Hrkh): Kerana kehebatan dan kejayaannya menggugat Barisan Nasional (BN) khasnya Umno, menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di serang habis-habisan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.


Bagi beliau, semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.


Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.


Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya. .


"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,?ujarnya lagi.


Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.


Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu. .


berita penuh. sila klik

Selasa, 11 Ogos 2009

PAS tak mudah dipengaruhi keluar Pakatan Rakyat – Tok Guru Nik Aziz


PAS tidak akan melayan sebarang gesaan Umno supaya ia keluar daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau berkata PAS tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak dalam menentukan pendiriannya berhubung semangat setia kawan dalam pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas cabaran Pergerakan Pemuda Umno supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dalam gabungan itu sejak kebelakangan ini.


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, telah menggesa PAS supaya keluar dari pakatan itu ekoran tindak-tanduk DAP terhadap PAS.


Tok Guru Nik Aziz berkata keputusan PAS tidak mahu keluar daripada Pakatan Rakyat sudahpun dibuat dalam Muktamar Pas di Ipoh tidak lama dahulu


sumber : jiwokelate
KOMEN:
Setia kawan adalah prinsip Tok Guru dalam berpolitik. semasa bergabung dengan UMNO pun, pengkhianatan datang dari UMNO, padahal ketika itu, Tok Guru masih kekal mempertahankan setia kawan dengan UMNO ketika itu. inilah konsep yang di ajar dalam islam yang dilawan dan dilaanggar oleh UMNO.
pun begitu, ketika itu UMNO tetap campak PAS keluar seperti anjing kurap. tidak hairan, sampai hari ini tok guru sering menyebut, "hambo perit dengan UMNO".

Rabu, 5 Ogos 2009

H1N1, bala dan keengkaran orang agama tegur kemungkaran - Tok Guru


KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.


Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.


Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.


sumber : harakahdaily


baca sama:


Isnin, 3 Ogos 2009

NIK AZIZ SERANG ATAU UMNO SERANG??


PENGKALAN CHEPA, 2 Ogos (Hrkh) - Mungkin ramai pemimpin Umno terkejut kehadiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam.


Ini memandangkan kehadiran Menteri Besar Kelantan itu di atas jemputan Dato' Seri Najib Razak sendiri.


"Walaupun kehadiran saya pada awalnya tidak dirancang kerana ia dibuat begitu mendadak, namun untuk kepentingan umum saya terpaksa membatalkan beberapa program lain yang lebih awal dirancang," katanya.


Beliau memberitahu perkara it kepada pemberita ketika ditemui di lapangan terbang sebelum berlepas ke Kuala Lumpur petang semalam.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pertemuan empat mata yang berlangsung lebih kurang 20 minit itu memperlihatkan ada perkembangan positif ke arah meningkatkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.


Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana pada pertemuan tersebut Perdana Menteri menerima dengan wajah yang manis setiap perkara yang dibangkitkan.


Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan tertutup tersebut berkenaan tuntutan royalti, jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan pembinaan pelabuhan di Tumpat.


"Cumanya Dato' Seri Najib sebut kalau boleh Tok Guru tak payahlah cepat sangat menyebut provokasi-provokasi terhadap Umno, tetapi waktu tu saya tak kata apa kepadanya.


"Saya tak jawab apa pada waktu tu, tetapi maknanya beliau faham, kalau tak jawab. Kami PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada surat khabar sendiri, kami tak ada radio dan kami juga tak ada televisyen untuk menjawab," ujarnya.


Najib pertama kali datang ke Kelantan setelah dilantik sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan Umno April lalu.


Beliau hadir pada dua program di Kota Bharu iaitu pecah tanah projek pembangunan di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab dan merasmikan persidangan Umno Bahagian Kota Bharu.


Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar.


"Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya.


"Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi," ujarnya.


Malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sentiasa menjaga hubungan baik dengan pusat dan tidak pernah pernah berniat untuk mengacau sesiapa.


"Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah," ujarnya.


Sementara itu ditanya berhubung permohonan maaf Utusan Malaysia terhadapnya Menteri Besar berkata, perkara itu sedang diurus peguam yang dilantik.


"Ya saya pun ada membaca tentang permohonan maaf itu, tetapi perkara itu sedang dirunding melalui peguam saya," ujarnya.


Baru-baru Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai lalu di halaman depan menyebut memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiar Utusan bertarikh 15 Jun 2009..


sumber : harakahdaily


AYAT POWER TOK GURU:

”sekiranya memekakkan telinga tanpa menjawab sebarang tuduhan ia tidak boleh kerana akan menimbulkan masalah kepada penyokong Pakatan sebab tidak tahu jawapan sebenar”

”Kerana itulah saya terpaksa menjawab untuk memberi kefahaman terhadap penyokong dan rakyat seluruhnya”

”Sedangkan kalau Perdana Menteri tidak menjawab apa pun ia tidak menjadi masalah kerana media milik kerajaan Barisan Nasional sentiasa membantu menjawab sebarang spekulasi”

”Tetapi kalau orang asyik dok kacau saya macam mana, jadi tolong menolong dan bukannya tolong saja, sama-sama jagalah”

KOMEN:

Pertama;

Pemikiran ini berasaskan kepada firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
”barangsiapa menyerang ke atas kamu, maka hendak kamu menyerang atasnya seperti serangannya terhadap kamu’

(Surah Al-Baqarah : 194)

Kedua:

Jangan dilupa, kenyataan tok guru nik abdul aziz ”pergi jahanam UMNO” adalah ekoran manipulasi UMNO terhadap Tok guru Nik Abdul Aziz berkenaan isu kerjasama kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.


Jumaat, 31 Julai 2009

PERHATIAN TOK GURU TERHADAP MANGSA RIBUT


KETEREH, 30 Julai (Hrkh) - Mangsa-mangsa ribut di beberapa kampung di sini bernasib baik apabila nasib malang mereka mendapat perhatian segera Menteri Besar.


Sehari selepas kejadian yang mengerikan berlaku, seramai 215 mangsa ribut menerima bantuan segera daripada Tabung Serambi Mekah dianggarkan berjumlah RM105,500.


Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga bertemu mangsa ribut apabila menziarahi rumah penduduk yang dilanda ribut petang semalam.


Hadir sama pada lawatan itu, anggota Exco, Dato' Husam Musa, anggota Parlimen Ketereh, Haji Abdul Aziz Kadir dan Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim..


Majlis penyampaian bantuan itu diadakan di perkarangan Masjid Kampung Buluh Poh.


Ribut kuat mulai melanda kira-kira jam 5.30 petang Selasa lalu membabitkan Kampung Lanchang, Kampung Hulu, Durian Pahit dan Buluh Poh.


Masjid tempat program berlansung juga rosak ribut apabila kubahnya turut melayang ke bawah.


Di kawasan kejadian kelihatan banyak pokok tumbang dan adanya yang menghempap rumah.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, angin ribut berlaku akibat pertembungan angin dari arah timur dan barat.


"Perkara ini berlaku kerana dua perkara, sama ada ia ujian daripada Allah atau pun kerana bala dariNya yang terkena kepada semua manusia termasuk mereka yang beriman.


"Kerana itu kita seharusnya sentiasa mengingati Allah, jangan melakukan perbuatan mungkar di muka bumi ini," ujarnya.


Beliau turut memohon maaf di atas kelewatannya menziarahi mangsa kerana ada tugas rasmi lain.


sumber : harakahdaily

Khamis, 30 Julai 2009

SEMUA BANGSA ADALAH SAMA...

“Cina, India dan melayu adalah adik beradik, kerana kita semua dari baka (keturunan) Adam”

“jangan sampai kita iri hati dengan orang kaya, sampai kita nak rompak dia. Kenapa kita rompak dia, sebab diakan adik beradik kita??”

”sebelum wujud Demokrasi lagi, Islam dah suruh berlaku adil. Jangan pandang bangsa, jangan pandang keluarga. Hendaklah berlaku Adil sesama manusia”

”Islam ajar ihsan; buat baik sejak 1400 tahun lalu lagi, sebelum wujud PBB lagi”.

SEJARAH PAS BERPECAH


“Hamba (Saya) antara orang yang menyokong PAS gabung dengan BN tahun 70 an dahulu. masa tu, PAS kelantan terpecah tiga; BERJASA, HAMIM dan Bebas bersatu. Masa tu, kita bersungguh nak bergabung dengan Barisan Nasional, orang kampung marah kat kita sampai berpecah tiga. Sekarang ni, dia ajak lagi. dia nak bagi PAS berpecah lagi”

“sekali boleh la kalau kena tipu. Dua kali nak tipu, tidak la”

TOK GURU SURUH PERGI DEMO GMI

>><<

Rabu, 29 Julai 2009

Hujah 'pergi jahanamlah Umno' wajar - Nik Aziz

KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.
Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.
"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.
"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.
Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.
"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.
"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.
"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya. - mj .
sumber : harakahdaily

Utusan tarik balik berita Nik Aziz

Utusan Malaysia memohon maaf kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung beritanya bulan lalu yang menyebut menteri besar Kelantan menegaskan "nasihatnya mesti didengar" pemimpin atasan PAS.

Akhbar itu juga menarik balik sepenuhnya berita "Nasihat saya mesti didengar" yang diterbitkan pada 15 Jun lalu berhubung isu kerajaan perpaduan yang menjadi kontroversi besar dalam parti tersebut..
Pada 17 Jun, Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS menafikan laporan dan menyifatkannya "satu hasutan untuk mengajak orang ramai membencinya dan parti itu", termasuk menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini. .
Beliau kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan..
"Saya nafikan sekeras-kerasnya, penggunaan perkataan 'mesti'... nasihat saya mesti didengar. Ini bukan watak saya, beri nasihat kepada orang lepas itu paksa orang dengar, ia telah disiar dalam Utusan Malaysia, lebih-lebih lagi selepas itu penyiaran artikel yang ditulis seseorang.
"Perkara ini saya telah serahkan kepada peguam untuk ambil tindakan, terpulang kepada peguam apa tindakan seterusnya (sama ada untuk saman)," Nik Aziz dipetik berkata.
Permohonan maaf itu diterbitkan di halaman depan Utusan Malaysia dan juga di sisi kanan laman web akhbar tersebut hari ini.
sumber : malaysiakini

Selasa, 28 Julai 2009

ADUN GALAS DAN HUKUMAN SEBAT


KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Rakyat Kelantan diharap mendoakan kesejahteraan Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang kini dirawat di sebuah hospital di negara China.


Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Adun terbabit kini dirawat di hospital di luar negara selepas dinasihat doktor yang merawatnya sebelum ini.


"Kita semua doakan biar beliau sihat semula. Pagi Khamis lalu Adun berkenaan bertolak ke China untuk mendapat rawat lanjut," katanya di sini.


Chek Hashim disahkan mengidap kanser di sebelah paru-parunya pada Mei lalu selepas batuk berdarah. Ekoran itu beliau mendapat rawatan intensif di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.


Beliau juga menjalani rawatan kimoterapi di hospital berkenaan.


Ditanya persiapan bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Galas kata Menteri Besar, PAS sentiasa berkempen bukan hanya untuk musim pilihan raya sahaja.


"PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak pernah terhenti dan terus berjuang tanpa ada batas waktunya. PAS hanya menggunakan pentas ceramah bagi menyampaikan mesej kepada rakyat," katanya.


Ditanya mengenai seorang wanita yang bersedia menerima hukuman sebat kerana kesalahan minum minuman keras beliau berkata, ia hanya berlaku selepas seseorang itu insaf segala perbuatannya.


Katanya, setiap pesalah yang sedar atau insaf seperti seorang pencuri bersedia dipotong tangannya di dunia bagi mengelakkan hukuman yang lebih berat di akhirat kelak.


"Jadi daripada kita kena bakar di akhirat kelak, lebih baik kita selesai di atas dunia lagi.


"Inilah perlunya kepada hudud, tetapi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed tidak membenarkan Kelantan melaksanakan hukuman berkenaan," katanya.


Ketika ditanya adakah hukuman sebat yang dikenakan ke atas wanita berkenaan mengikut hukum hudud, beliau berkata itu soal kedua, namun yang lebih penting sekarang hukuman sebat memang betul mengikut landasan Islam.


Baru-baru ini seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 sanggup berdepan dengan hukuman sebat kerana kesalahannya minum minuman arak.


Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan.


sumber : harakahdaily

Tuntutan royalti: Tindakan akhir guna mahkamah - Nik Aziz


PENGKALAN CHEPA, 28 Julai (Hrkh) - Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah sekiranya rundingan gagal antara kedua-dua pihak.


Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya usaha penyelesaian cara rundingan dengan kerajaan pusat buntu, kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan melalui undang-undang.


Malah kata beliau sekiranya mahkamah tempatan tidak juga dapat menyelesaikan tuntutan itu, ia mungkin akan dibawa ke mahkmah antarabangsa.


"Bagaimanapun sebelum tindakan akhir dibawa ke mahkamah kerajaan negeri akan menyelesaikan secara rundingan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan royalti.


ada jalan mudah iaitu rundingan, maka tiada sebab kenapa ia perlu diselesaikan di mahkamah pada peringkat ini," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan hari ini. .


Baru-baru ini Menteri Besar menghantar surat tuntutan royalti minyak kepada Perdana Menteri memandangkan terdapat pelantar carigali yang di kawasan perairan Kelantan. .


Bagaimanapun surat tersebut belum dijawab perdana menteri sehingga sekarang.


Sebelum ini Petronas Carigali Sdn Bhd mengadakan usahasama dengna Shell Exploration dan Production Malaysia B.V menemui gas di Blok PM301 yang difahamkan terletak dalam kawasan perairan Kelantan..


Telaga Bunga Anggerik 1 memulakan penerokaan pada 21 November 2004 dan telah menggerudi sedalam 1,527 meter dan menemui empat zon gas.


Mengenai kenyataan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berhujah Kelantan berhak mendapat royalti berkenaan Menteri Besar berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan bekas Menteri Kewangan itu. ..


"Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas memang mengetahui perkara sebenar dan sedar akan hak Kelantan," ujarnya. .


Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Kementerian Pelajaran yang cuba menghadkan 10 subjek sahaja bagi calon SPM bermula tahun depan. .


Katanya, tindakan itu secara tidak langsung mencantas daya saing seseorang manusia di samping merugikan masyarakat.


"Tindakan berkenaan merugikan bukan sahaja pelajar sebaliknya masyarakat memandangkan pelajar hari ini pelapis pemimpin pada masa depan. .


"Antara sedar atau sebaliknya kerajaan pusat telah mematikan hasrat di kalangan pelajar yang mempunyai semangat berlumba bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran," katanya .


Menurutnya semangat ingin berlumba di kalangan pelajar perlu disemai serta dibajai dari awal lagi.


Pada sambutan itu anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman diumumkan Tokoh Pendidikan Yik 2009.


Dengan anugerah itu beliau mendapat tiket mengerjakan umrah dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar. - mj .


sumber : harakahdaily

Isnin, 27 Julai 2009

'Umno kini tiada maruah, dulu 'tendang' kami keluar' - Nik Aziz


KOTA BHARU, 28 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sekarang ialah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan hubungan dengan parti Umno


"Hubungan negeri ialah dengan Kerajaan Pusat oleh kerana sistem yang diamalkan ialah sistem Federalisma, oleh itu tidak timbul hubungan dengan Umno."


Mursyidul Am PAS itu berkata demikian pada sidang media selepas melawat pameran ternakan di Padang Perdana dekat sini semalam.


"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat, maka kenapa mahu disekat (hubungan itu).


"Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri hendaklah menyentuh isu penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan," katanya.


Dalam pada itu Nik Aziz berkata tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu bukan menurut Perlembagaan


"Tidak terdapat dalam Perlembagaan dan tidak terfikir pada akal fikiran manusia bahawa negeri Kerajaan Pakatan Rakyat dihalang oleh parti lain di Pusat dari mendapat kemudahan sepatutnya.


"Kenapa peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak diberi terus kepada Kerajaan Negeri sebagaimana dilakukan Kerajaan Pusat ketika Kelantan diperintah Umno dahulu. Kenapa kini ditubuhkan JPP?


"Apa kata kalau parti lain (Kerjaan Pakatan Rakyat) menguasai Pusat lalu menubuhkan juga JPP di negeri yang diperintah Umno, apa perasaan mereka," katanya sambil menyifatkan konsep Satu Malaysia dan demokrasi yang dilaung-laung bercanggah dengan tindakan dilakukan Umno Pusat ke atas Kerajaan Negeri.


Oleh itu katanya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat mesti membantu Kerajaan Negeri, dan urusan membantu mana-mana Kerajaan Negeri bukan dilakukan dengan sukarela, tetapi melalui peruntukan Perlembagaan.


"Kalau dia (Kerajaan Pusat) tidak buat juga, kita gulinglah. Pandailah kita guling.


"Terbaru, ada Menteri yang tidak mengizinkan pegawai dia di Kelantan ini bekerjasama dengan Kementeriannya. Itu bukan sifat seorang Menteri,"katanya.


Beliau turut menegaskan bahawa dasar perjuangan Umno dan PAS memang selamanya tidak sama.


"Umno memang tidak serupa dengan PAS, bahkan pada setiap kali diadakan pilihan raya sama ada Pilihan Kecil atau Pilihan Raya Umum, Umno tetap melawan PAS.


"Kerana apa Umno melawan PAS, setiap tahun sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya besar sedangkan sekiranya di dunia ini tidak ada Umno, (andai kata), orang Melayu boleh hidup molek, bahkan Islam itu sendiri boleh berkembang dengan baik, tegasnya


Menteri Besar turut mengulas perkembangan mutakhir mengenai surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bertujuan untuk bermujadalah.


"Menerusi surat itu, saya bertanya dia kenapa Umno menolak Islam dan menggantikannya dengan 'Kebangsaan'


"Dan kenapa Umno melawan PAS. Di mana tidak kenanya kedudukan PAS khususnya dari segi agama dan Perlembagaan. Di mana tidak kena kedudukan PAS dengan Perlembangaan Persekutuan.


"Sehingga kini dia tidak jawab-jawab pun (surat itu)," katanya


Dalam perkembangan politik semasa, beliau turut mengulas tindakan meninggalkan parti oleh anggota pimpinan Umno-BN termasuk mantan Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA Dato' Chua Jui Meng dan mantan Naib Presiden MIC S S Subraniam


Kedua-dua mereka memasuki Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Terdahulu mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga mantan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Dato' Zaid Ibrahim memasuki PKR.


"Insya Allah, ramai lagi orang Melayu, Cina dan India yang sedar, mereka akan meninggalkan Umno-BN," katanya.


Beliau mempertikaikan cadangan bekerjsama dengan Umno walau pun ada dakwaan bahawa dengan itu akan lebih memudahkan lagi kerjasama antara pemerintah.


"Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS), "(tetapi) waktu kamu gagah dahulu kamu tendang aku (PAS) (keluar daripada Kerajaan Pusat). Saya ingat perkara itu," tegasnya sambil mengingatkan bahawa PAS menyertai Kerajaan Pusat ketika itu dengan jemputan daripada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri. - azm


sumber : harakahdaily

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz


KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.


Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.


"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.


"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.


"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.


"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.


"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini? Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.


Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.


Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.


Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.


Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.


"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.


Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.


Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.


"Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.


"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.


"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya. - mj_



Ahad, 26 Julai 2009

DOA DAN KERJA




AYAT POWER TOK GURU

“kita jangan sekadar berdoa sahaja, tanpa kerja. Kalau kita doa tanpa kerja, macam kita suruh Allah sahaja buat kerja untuk kita; macam Allah tu budak suruhan kita jer”.

”Nabi SAW kalau berdoa, dia akan sebut selalu akhirat. Nak ajar kepada kita, selalu ingat ’bekal mati’”

JOM FIKIR !!

Tok guru nik abdul aziz selalu sangat mengkritik demokrasi dalam banyak ceramah-ceramah beliau. Di samping itu juga, banyak kali beliau menyebut, ”perkara ini ada dalam Islam, ada juga dalam demokrasi”.

Justeru, waimma tok guru menggunakan demokrasi sebagai cara berdakwah di Malaysia, tetapi hakikatnya beliau tidak beriman dengan demokrasi. Demokrasi digunakan sebagai alat, bukan matlamat.



Jumaat, 24 Julai 2009

Isu pegang lilin hanya bersifat politik - Nik Aziz


KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.


Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.


"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini.


Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.


Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.


Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.


Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.


"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.


"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.


"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.


Menurutnya Rasulullah saw menghantar surat pada raja-raja Mesir, Iran dan India menggunakan ayat al-Quran. - mj _


sumber : harakahdaily