Ahad, 5 Julai 2009

KENALI TOK GURU NIK ABDUL AZIZ (2)

Sebelum Tok Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar, rata-rata pemikiran rakyat Malaysia beranggapan bahawa tugas para ulama sekadar membaca doa, bukannya memerintah. Lebih-lebih lagi cara berpakaian yang disifatkan sebagai konservatif.

Pun begitu, jika diselidiki balik, sebelum Tok Guru Nik Abdul Aziz menjadi menteri besar Kelantan, telah terdapat beberapa orang tokoh yang pernah menjadi Menteri Besar dari kalangan mereka yang berpendidikan agama, seperti Wan Mokhtar yang menjadi menteri Besar Terengganu, Hassan Yunus yang menjadi menteri Besar Johor, Ishak Lutfi yang menjadi Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Fikri yang menjadi Menteri Besar Terengganu dan ramai lagi.

Kewujudan mereka ini dimedan politik memegang jawatan menteri Besar, tidak dilihat sebagai pembawa mesej islam sebagai dasar pemerintahan. Keadaan itu berjaya diubah oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz yang telah membuktikan kemampuan Islam memerintah.

Walaupun tok Guru nik Abdul Aziz bergelar Menteri Besar, tetapi kehadiran beliau tetap masih sinonim dengan gelaran ulama. Lebih-lebih lagi, cara kehidupan beliau dikala menjadi menteri Besar dan sebelumnya tidak ada beza.

Tok guru nik Abdul Aziz berjaya menanam kepentingan solat berjemaah dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaaan. Bukan sekadar itu sahaja, setelah menunaikan solat berjemaah, beliau sendiri telah mengambil kesempatan itu menyampaikan tazkirah ringkas yang mengambil masa 10 hingga 15 minit bagi memberi peringatan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Justeru itulah, tidak hairan, setelah tok Guru Nik Abdul Aziz menjadi menteri besar, beliau berjaya membentuk kehidupan pegawai-pegawai beliau bekerja untuk mencari pahala, berbanding mencari kesenangan hidup semata-mata. Disebabkan itulah, boleh dikatakan semua kakitangan dan pegawai-pegawai beliau bebas dari sebagai rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Jika diperhatikan secara mendalam, Tok Guru nik Abdul Aziz adalah antara manusia yang masuk politik bukan sekadar mahu mencari kehidupan dunia, tetapi menjadikan kuasa politik sebagai alat penting dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah.

Dengan kuasa politik, beliau telah berjaya memberikan kefahaman Islam kepada rakyatnya. Lantaran itulah, apabila disebut rakyat kelantan, pasti masyarakat menganggap bahawa mereka adalah rakyat beragama.

Disamping itu juga, Tok Guru NIk Abdul Aziz telah memberikan satu gambaran bahawa Islam bukan sekadar kepunyaan orang melayu sahaja, bahkan beliau telah berjaya mengeluarkan Islam dari kepompong melayu, sehingga dari ucapan beliaulah, pihak India dan cina sudah merasakan bahawa mereka juga boleh menjadi Islam.

Tok guru juga, telah berjaya memberi gambaran bahawa Islam menjamin keamanan dan keselamatan kepada manusia, yang tidak dibataskan kepada mereka yang beragama Islam sahaja, bahkan kepada mereka yang tidak beragama Islam juga.

Keadaan ini menyebabkan rakyat non Muslim di Kelantan sudah agak menerima PAS, walaupun mereka tidak memeluk agama Islam. penerimaan mereka itu, memperlihatkan kestabilan politik Kelantan yang memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur luar untuk melabur dalam kerajaan Negeri, walaupun sering diburuk-burukan oleh UMNO/BN.

Bukan itu sahaja, dengan gaya pemerintahan Islam yang dicadangkan oleh tok Guru Nik Abdul Aziz, menyebabkan keterbuktian kemampuan Islam dalam memerintah semakin terserlah. Lihatlah, bagaimana penyelesaikan masalah air di Kelantan yang dilakukan oleh tok Guru yang merujuk kepada hukum Islam, telah air kelantan (kelantan water) mencatatkan keuntungan yang membanggakan, iaitu mencatat keuntungan sebanyak 26 peratus semenjak 2001 hingga 2006, disamping air di kelantan merupakan antara harga air yang termurah di Malaysia.

Lantaran itulah, tidak hairan beliau berjaya mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan yang memakan masa lebih 18 tahun, yang agak belum pernah terjadi dalam sejarah PAS memerintah di sesebuah negeri di Malaysia.

Tiada ulasan: