Ahad, 5 Julai 2009

Nik aziz masih berminat berdebat dengan Najib - Mstar


KOTA BHARU: Seminggu sepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak pelawaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk berdebat, hari ini Menteri Besar Kelantan itu masih membayangkan untuk meneruskan hasrat tersebut.


Dipetik Bernama, Nik Aziz berkata, beliau berhasrat bertemu dengan Najib terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat menjadi kenyataan.


Nik Aziz berkata pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.

Bagaimanapun pada Selasa lalu Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau menolak jemputan itu kerana berpendapat cara dan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu perbezaan politik antara Umno dan PAS atau masa depan umat Islam, negara dan kekalutan politik antara kedua-dua parti ialah menerusi musyawarah.


Tambah Nik Aziz, surat rasmi menjemput Perdana Menteri mengadakan perdebatan itu sudahpun dihantar tetapi setakat ini masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan, katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini, sekembalinya daripada mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakam) di Kuala Lumpur.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.


Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Ditanya sama ada jemputan beliau mengadakan perdebatan itu sebagai helah politik untuk mengalih pandangan pemerhati daripada isu kerajaan perpaduan yang dimomokkan oleh pemimpin Umno dan PAS, Nik Aziz berkata: "Isu mengajak Umno berbincang atau berdebat dengan PAS bukannya baru, malah sudah lama sejak PAS ditubuhkan pada 1951 lagi."


Cuma, katanya, pelawaannya yang terbaru untuk adakan perdebatan itu setelah Pemuda Umno membuat laporan polis mengenai ucapannya dan menurutnya isu itu tidak akan selesai selagi tidak diadakan perdebatan.

"Cuma saya nak tanya dua perkara saja, kenapa (Umno) tolak Islam dan di manakah tidak kena dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS, terutama di Kelantan," katanya.



sumber; klik

Tiada ulasan: